https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541424673.jpg

MASJID DARUL EHSAN TAMAN TAR AMPANG

MASJID IALAH PERKATAAN BAHASA ARAB YANG BERMAKSUD TEMPAT SUJUD. MASJID IALAH TEMPAT BERIBADAT YANG KHUSUS, SEPERTI SOLAT DAN IKTIKAF, BAGI ORANG ISLAM. BANGUNAN INI JUGA MERUPAKAN PUSAT KEBUDAYAAN, MUAMALAT, DAN PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIAH, SERTA PUSAT AKTIVITI UMAT ISLAM. MASJID TIDAK MEMPUNYAI RUPA BENTUK YANG TETAP, TETAPI BERGANTUNG KEPADA BUDAYA MASYARAKAT ISLAM SETEMPAT. DARI SUDUT BAHASA,MASJID BERMAKSUD TEMPAT BERSUJUD.

SEJAK ZAMAN PERMULAAN ISLAM LAGI (RASULULLAH S.A.W.), KEMAJUAN UMAT DAN GERAKAN ISLAM SEMUANYA BERMULA DARI MASJID. MASJID TELAH DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT UNTUK BERKUMPUL, BERBINCANG DAN MERANCANG STRATEGI YANG TIDAK TERHAD KEPADA BIDANG DAKWAH MALAH PERDAGANGAN, PERUNDANGAN, DAN PENYEBARAN ILMU, SERTA PELBAGAI LAGI.

TERDAPAT BEBERAPA PERTIKAIAN MENGENAI TAKRIF MASJID. ADA MEREKA[NYATAKAN MENURUT SIAPA?] YANG MENGISTILAHKAN SEMUA TEMPAT BERSOLAT SEBAGAI MASJID. BAGAIMANAPUN, TAKRIF YANG BIASANYA DITERIMA GUNA ADALAH BAHAWA MASJID MERUPAKAN TEMPAT KHAS UNTUK BERSOLAT DAN TELAH DIGUNAKAN UNTUK SOLAT JUMAAT MELEBIHI TIGA KALI.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541424340.jpg

MASJID AL EHSAN KAMPUNG TOK MUDA

PADA ASALNYA MASJID INI DIBINA DARIPADA KAYU YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT KAMPONG INI DIAWAL TAHUN 60AN. IANYA TELAH DIRASMIKAN OLEH DYMM SULTAN SALLEHUDDIN ABD AZIZ SHAH 11/12/1964.

SEHINGGA KINI MASJID INI MASIH LAGI KEKAL DENGAN IDENTITI LAMANYA TANPA SEBARANG PERUBAHAN BESAR.
MASJID INI DIBINA BERASASKAN SENIBINA TRADISIONAL MELAYU LAMA . IANYA DIBINA DENGAN BATU BATA KONKRIT DAN SEBAHAGIAN DARI DINDINGNYA ADALAH KAYU. MANAKALA ATAPNYA PULA ADALAH ZINK. REKABENTUKNYA AGAK RINGKAS DIMANA TIADA KUBAH DAN MENARA SEBAGAIMANA KEBIASAAN MASJID LAIN. IANYA HANYA DIBINA BUMBUNG YANG TINGGI DITENGAH-TENGAH BANGUNAN MASJID DAN DIJADIKAN SEBGAI KUBAH.

TERDAPAT HANYA SATU ARAS RUANGAN SOLAT YANG MANA JEMAAH LELAKI DAN WANITA DIPISAHKAN OLEH TABIR. RUANGAN SOLATNYA DILENGKAPI DENGAN PERMAIDANI HIJAU KUNING KIPAS ANGIN UNTUK KESELESAAN PARA JEMAAH MENGERJAKAN IBADAT. .

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541423935.jpg

MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ PETALING JAYA

MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ DIRASMIKAN OLEH SULTAN SELANGOR SEMASA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH, PADA TAHUN 2008. TERLETAK DI SEPANJANG JALAN TEMPLER DI PETALING JAYA, MASJID ITU BUKAN HANYA TEMPAT IBADAT UNTUK UMAT ISLAM, TETAPI JUGA SEBUAH PUSAT KOMUNITI AKTIF DENGAN SEMINAR , KELAS DAN ACARA AGAMA DIADAKAN SECARA BERKALA.

SUKAR UNTUK TIDAK MEMERHATIKAN LUARAN MESJID MASJID KETIKA MELEWATI KAWASAN INI. KUBAH ORENNYA MENARIK PERHATIAN SESIAPA SAHAJA YANG LEWAT. DARI DALAM, DI DEWAN SEMBAHYANG UTAMA, KUBAH MENYERUPAI SEPOTONG RAKSASA OREN, DIKELILINGI OLEH KUMPULAN TULISAN-TULISAN AL-QURAN. MENGGABUNGKAN GAYA TIMUR TENGAH DAN KONTEMPORARI, INTERIOR DALAMAN OREN-PUTIH MEMPUNYAI CIRI-CIRI GERBANG BERJALUR SEPERTI TEBU SEPERTI YANG TERDAPAT DI SEPANYOL DI MEZQUITA DE CORDOBA.


ALAMAT:LORONG 3/69G, &, JALAN TEMPLER, SEKSYEN 3, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541423505.jpg

MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH BUKIT JELUTONG

MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM MULA DIBINA PADA BULAN MEI 2010 DAN TELAH SIAP SEPENUHNYA PADA BULAN MAC 2013. MASJID DIRAJA INI MEMPUNYAI KAWASAN SELUAS 2.07 HEKTAR(5.12 EKAR) DAN IANYA BOLEH MEMUATKAN KIRA-KIRA 4,000 JEMAAH PADA SATU-SATU MASA.IA ADALAH SEBUAH MASJID YANG DINAMAKAN SEMPENA NAMA DIRAJA, DAN DIBINA DALAM INGATAN, NENEK MOYANG SULTAN SELANGOR. PEMBINAAN BERMULA PADA TAHUN 2010 DAN SELESAI PADA TAHUN 2012. IA DIBUKA SECARA RASMI OLEH SULTAN PADA 13 MAC 2013.IA DIBINA OLEH SIME DARBY, PEMAJU UTAMA BUKIT JELUTONG, DENGAN KOS RM 23 JUTA. SIME DARBY MENYUMBANGKAN RM 6 JUTA KE ATAS KOS ITU, KELUARGA DIRAJA SELANGOR MENYUMBANGKAN RM 6 JUTA LAGI DAN BAKI TELAH DIBAYAR OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

IA DIBINA PADA SKALA YANG MENGAGUMKAN DAN MENGISI TAPAK SELUAS 12.5 EKAR. MASJID INI BOLEH MEMUAT 4,000 JEMAAH DAN BERFUNGSI SEBAGAI PUSAT KOMUNITI UNTUK PERBANDARAN DI SEKITARNYA. REKA BENTUK YANG BERSIH INI BERDASARKAN SENI BINA ISLAM TIMUR TENGAH TRADISIONAL DAN LUARANNYA KEBANYAKANNYA TIDAK BERURUTAN SELAIN DARIPADA TULISAN-TULISAN QURAN DI ATAS PINTU MASUK UTAMA. IA MEMPUNYAI EMPAT MENARA YANG SAMA BESAR DAN KUBAH TENGAH.

 
DI DALAMNYA LUAS DAN LAPANG DAN TERMASUK HALAMAN DALAMAN DENGAN CIRI-CIRI AIR. DEWAN SOLAT UTAMA MEMPUNYAI PERMAIDANI MERAH DAN CANDELIER PEKELILING YANG BESAR SEPERTI YANG TERLIHAT DI MASJID-MASJID BESAR DI ISTANBUL. TERDAPAT DEWAN PELBAGAI GUNA, PUSAT SUMBER, RUANG PAMERAN, BILIK KULIAH DAN PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541423085.jpg

MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA

BINAAN MASJID INI IALAH BERCORAKKAN TIMOR TENGAH DAN REKABENTUK YANG UNIK TERUTAMANYA BUMBUNG MASJID INI SEAKAN AKAN BENTUK CENGKERANG. MASJID INI DIHIASI DENGAN UKIRAN KHAT.ANTARA KEMUDAHAN YANG TERDAPAT IALAHA BILIK IMAN DAN BILAL,RUANG SOLAT,TEMPAT WUDUK,BILIK MESYUARAT,DAPUR,STOR,BILIK SEMINAR DAN SEBAGAINYA. MASJID INI SERING MENYEDIAKAN PROGRAM KULIAH DAN TAZKIRAH UNTUK PARA JEMAAHNYA. 

ALAMAT: JALAN UNIVERSITI, 46350 PETALING JAYA, SELANGOR

WEBSITE: MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541422605.jpg

MASJID ALAM IMPIAN

MASJID IALAH PERKATAAN BAHASA ARAB YANG BERMAKSUD TEMPAT SUJUD. MASJID IALAH TEMPAT BERIBADAT YANG KHUSUS, SEPERTI SOLAT DAN IKTIKAF, BAGI ORANG ISLAM. BANGUNAN INI JUGA MERUPAKAN PUSAT KEBUDAYAAN, MUAMALAT, DAN PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIAH, SERTA PUSAT AKTIVITI UMAT ISLAM. MASJID TIDAK MEMPUNYAI RUPA BENTUK YANG TETAP, TETAPI BERGANTUNG KEPADA BUDAYA MASYARAKAT ISLAM SETEMPAT. DARI SUDUT BAHASA,MASJID BERMAKSUD TEMPAT BERSUJUD.

SEJAK ZAMAN PERMULAAN ISLAM LAGI (RASULULLAH S.A.W.), KEMAJUAN UMAT DAN GERAKAN ISLAM SEMUANYA BERMULA DARI MASJID. MASJID TELAH DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT UNTUK BERKUMPUL, BERBINCANG DAN MERANCANG STRATEGI YANG TIDAK TERHAD KEPADA BIDANG DAKWAH MALAH PERDAGANGAN, PERUNDANGAN, DAN PENYEBARAN ILMU, SERTA PELBAGAI LAGI.

TERDAPAT BEBERAPA PERTIKAIAN MENGENAI TAKRIF MASJID. ADA MEREKA[NYATAKAN MENURUT SIAPA?] YANG MENGISTILAHKAN SEMUA TEMPAT BERSOLAT SEBAGAI MASJID. BAGAIMANAPUN, TAKRIF YANG BIASANYA DITERIMA GUNA ADALAH BAHAWA MASJID MERUPAKAN TEMPAT KHAS UNTUK BERSOLAT DAN TELAH DIGUNAKAN UNTUK SOLAT JUMAAT MELEBIHI TIGA KALI.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541422302.jpg

MASJID AL HUSNA PETALING JAYA

PERANCANGAN PEMBINAAN MASJID INI DILULUSKAN PADA TAHUN 1999. MASJID INI DIBINA DI ATAS TANAH RIZAB DI KAWASAN ZON 24, PETALING JAYA SELATAN. IANYA DIRASMIKAN OLEH DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH PADA 26/10/2004.
MASJID INI BERKONSEP TERBUKA DAN BERBENTUK SEGIEMPAT SAMA. BANGUNAN MASJID INI 2 TINGKAT YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SOLAT. IANYA JUGA MEMPUNYAI SATU MENARA DAN SATU KUBAH UTAMA. MASJID INI MENPUNYAI BANYAK TIANG BESAR DAN TERDAPAT UKIRAN KHAT PADA MIHRAB.
ANTARA KEMUDAHAN YANG TERDAPAT IALAH DEWAN SYARAHAN, RUANG SOLAT, PERPUSTAKAAAN, BILIK PENGURUSAN JENAZAH,HPA HALAL MART, RUANG MAKAN TERBUKA DAN LANDSKAP. 

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541422044.jpg

MASJID BANDAR SUNGAI BULOH

BINAAN MASJID INI BERBENTUK MODEN ALA TIMOR TENGAH DIMANA TERDAPAT SEBUAH MENARA TINGGI DIBINA DILUAR BANGUNAN DAN KUBAH BESAR DIBUMBUNGNYA. REKABENTUK MASJID INI ADALAH SEGIEMPAT MEMANJANG DAN BESAR. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DISINI IALAH RUANG PARKIR, DEWAN DAN RUANG SOLAT YANG SELESA. PIHAK MASJID SERING MENYEDIAKAN PROGRAM KULIAH DAN TAZKIRAH UNTUK PARA JEMAAHNYA. 

MAKLUMAT LANJUT:
NO DAFTAR: MY-10-PTG-00285

NAMA MASJID: MASJID BANDAR BARU SG. BULOH

ALAMAT: BANDAR BARU SG. BULOH, 47000 SUNGAI BULOH

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541421776.JPG

MASJID AS SALAM PUCHONG

MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA IALAH SEBUAH MASJID DI PUCHONG, SELANGOR. MASJID INI YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI MASJID TERAPUNG TERLETAK DI JALAN PERSIARAN PUCHONG PERDANA YANG MERUPAKAN JALAN MASUK UTAMA KE TAMAN PUCHONG PERDANA DAN LAIN-LAIN TAMAN PERUMAHAN BERHAMPIRAN SEPERTI TAMAN PUCHONG INDAH, TAMAN PUCHONG INTAN DAN TAMAN PUCHONG PERMAI. MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA MULA DIGUNAKAN PADA 5 JANUARI 2006. REKABENTUK SENIBINA MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA ADALAH AMAT MENARIK DAN MENJADI MERCUTANDA KEPADA TAMAN-TAMAN PERUMAHAN. MASJID INI MEMPUNYAI KAPASITI SERAMAI 4000 ORANG.

SATU KEISTIMEWAAN MASJID INI IALAH KEGIGIHAN PIHAK PENGURUSAN DALAM MEMPERKASAKAN EKONOMI MASJID. MASJID INI MEMPUNYAI BIRO EKONOMI YANG MENGADAKAN PELBAGAI AKTIVITI UNTUK MENGUMPUL WANG SEPERTI PASAR JUMAAT, PERKHIDMATAN MENCUCI KERETA DAN JUGA PROGRAM INFAK. PENGUNJUNG BOLEH MEMBANTU PEMBANGUNAN MASJID DENGAN MEMBELI AIR MINERAL DARIPADA PIHAK MASJID DAN WANG BERKENAAN AKAN DIDERMAKAN KEPADA MASJID. APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN IALAH, PENJUALAN AIR MINERAL DILAKUKAN TANPA PENJAGA, YAKNI PEMBELI MENGAMBIL AIR MINERAL DAN MEMASUKKAN DUIT KE DALAM TABUNG DENGAN SENDIRI.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541421554.JPG

MASJID LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ

MASJID INI DIBINA ADALAH UNTUK KEMUDAHAN KAKITANGAN LAPANGAN TERBANG SAAS DAN ORANG RAMAI ATAU PENGUNJUNG LAPANGAN TERBANG TERSEBUT. I A DIBUAT SECARA BERPERINGKAT DAN HIASAN DALAMAN MENGAMBIL MASA HAMPIR SETAHUN SELEPAS BANGUNAN MASJID SIAP. BINAAN ADALAH BERCIRIKAN KONKRIT DAN SEDIKIT UKIRAN KAYU DAN MASJID INI ADALAH BEWARNA PUTH DILUAR BANGUNAN, LANTAI MASJID ADALAH MARBLE, PAGAR SEPARUH MENUTUI MASJID DAN JUBIN BERCORAK KEISLAMAN MENGHIASI DINDING SEKELILING TEMPAT KHUTBAH. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID INI IALAH DEWAN MESYUARAT, TEMPAT LETAK KERETA YANG LUAS SERTA PENGHAWA DINGIN. KEISTIMEWAAN MASJID INI IALAH AKTIVITI MEJUAL MINYAK WANGI PADA HARGA YANG BERPATUTAN UNTUK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MEMBELI SAMBIL BERSEDEKAH. 

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541421321.jpg

MASJID AL IKHLAS

PEMBUKAAN MASJID AL-IKHLAS

MASJID AL-IKHLAS SEKSYEN 13 SHAH ALAM DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI MASJID SEKSYEN 13 SHAH ALAM.MASJID INI TELAH BEROPERASI SELAMA HAMPIR TIGA (3) TAHUN BERMULA SEMINGGU SEBELUM BULAN RAMADHAN 2013

KONSEP PEMBINAAN

MASJID AL-IKHLAS BOLEH MEMUATKAN 2,000 ORANG JEMAAH DALAM SATU- SATU MASA DIBINA UNTUK TUJUAN SEBAGAI PUSAT IBADAT YANG SELESA DAN PUSAT PERKEMBANGAN ILMU KEPADA MASYARAKAT SEKITAR DAN LUAR NEGARA. JUGA DIHARAPKAN TURUT BERPERANAN DALAM MENYEBARLUASKAN USAHA DAKWAH SERTA MENJADIKANNYA SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI PELANCONGAN IBADAH ANTARABANGSA.

DANA PEMBANGGUNAN

MASJID INI TELAH DIBANGUNKAN OLEH NAZA TTDI MELALUI DANA WAKAF BERJUMLAH DUA BELAS (12) JUTA DARIPADA YAYASAN TAN SRI SM NASIMUDDIN. SEBELUM INI, MASJID AL-IKHLAS SEKSYEN 13 SHAH ALAM DITADBIR SEPENUHNYA OLEH PEGAWAI-PEGAWAI NAZA DAN PADA 31 MAC 2015 YANG LALU, TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS PENYERAHAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID INI DARIPADA PIHAK YAYASAN TAN SRI SM NASIMUDDIN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SECARA RASMI

WEBSITE: MASJID AL IKHLAS

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541421042.jpg

MASJID SEKSYEN 7 SHAH ALAM

PEMBINAAN MASJID DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM INI DIREALISASIKAN PADA 15 OGOS 2011 DENGAN BERKONSEPKAN DUA CIRI UTAMA IAITU TIMUR TENGAH DAN TRADISIONAL MELAYU. MASJID SEKSYEN 7 MEMBELANJAKAN HAMPIR RM15,000 SEHARI UNTUK MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA DAN MOREH DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT TIGA KATERER BERBEZA SEPANJANG RAMADAN INI HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI.  MASJID SEKSYEN 7 MENERIMA INFAQ DARIPADA ORANG RAMAI TERMASUK SEKTOR SWASTA, AHLI KORPORAT DAN INDIVIDU DAN PIHAKNYA MASIH MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN ORANG RAMAI UNTUK DIHULURKAN KE MASJID SEKSYEN 7. ORANG RAMAI YANG INGIN MENYUMBANG BOLEH BERBUAT DEMIKIAN MELALUI AKAUN MAYBANK ISLAMIC, 569981105040 ATAS NAMA MASJID SEKSYEN 7 SHAH ALAM.

ALAMAT:  MASJID SEKSYEN 7 JALAN KRISTAL UTAMA SEKSYEN 7 SHAH ALAM, MALAYSIA

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541420694.JPG

MASJID ARA DAMANSARA

MASJID ARA DAMANSARA ADALAH SEBUAH MASJID YANG BERSTRUKTUR UNIK KERANA REKAANNYA TIDAK BERKUBAH SEPERTI KEBIASAANNYA. REKAAN ASAL MASJID INI HANYALAH TERDIRI DARIPADA TIANG-TIANG DAN BUMBUNG DIMANA JEMAAH AKAN SOLAT DALAM RUANG YANG TERBUKA.LAMAN MASJID INI SANGAT LUAS DAN MEMILIKI KEMUDAHAN UNTUK LATIHAN LITAR BAGI MEREKA YANG SUKA BERSENAM.

ALAMAT: JALAN PJU 1A/37 ARA DAMANSARA PETALING JAYA, MALAYSIA

WEBSITE: MASJID ARA DAMANSARA

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541420392.jpg

MASJID DIRAJA FISABILILLAH CYBERJAYA

MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI MASJID CYBERJAYA IAITU MASJID PERTAMA DI NEGARA INI MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HIJAU TERCALON PADA PERTANDINGAN THE PLAN INTERNATIONAL AWARD 2016. MASJID BERNILAI RM44.3 JUTA YANG DIBINA OLEH ATSA ARCHITECTS PADA 18 MAC 2013 DAN SIAP PADA 19 JANUARI 2015 ITU BERKONSEPKAN HIJAU SECARA KESELURUHANNYA DARIPADA PENGGUNAAN AIR SEHINGGALAH KEPADA REKA BENTUKNYA. BILAL MASJID CYBERJAYA, FAISAL ISMAIL, KETIKA DIHUBUNGI BERKATA, MASJID ITU ADALAH RUMAH IBADAT PERTAMA DI DUNIA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PLATINUM KERANA MENEPATI PIAWAIAN BANGUNAN HIJAU (GBI).  DIBINA DI TAPAK SELUAS 40.4 HEKTAR YANG TURUT MENEMPATKAN KAMPUS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA, CYBERJAYA, KAWASAN INI JUGA DISEDIAKAN DENGAN ENAM KUARTERS UNTUK KAKITANGAN MASJID DAN DEWAN SERBA GUNA. BAGI MEMASTIKAN PENJIMATAN AIR, TAKUNGAN BAWAH TANAH BAGI PENUAIAN AIR HUJAN DAN PENGUMPULAN AIR WUDUK DIBINA UNTUK TUJUAN SIRAMAN POKOK DI SEKELILING MASJID. MASJID INI YANG DAPAT MEMUATKAN 8,300 JEMAAH DALAM SATU MASA DIILHAMKAN DARIPADA SENI BINA MASJID NEGARA YANG ASALNYA TIDAK ADA KUBAH. BAGAIMANAPUN, SELEPAS MENGAMBIL KIRA PANDANGAN PELBAGAI PIHAK, REKAAN MASJID INI TURUT DIBINA KUBAH SEBAGAI SIMBOLIK MASJID. REKAAN MENGGUNAKAN KUBAH KACA DI BUMBUNG SOLAT MASJID INI SANGAT MENARIK DAN IA ADALAH YANG PERTAMA DIPASANG PADA BINAAN MASJID. KUBAH KACA INI YANG DIPASANG MENGGUNAKAN DUA PANEL KACA PANCARAN RENDANG (LE) YANG DIIMPIT UKIRAN SERAMIK BERFUNGSI SEBAGAI PENGHALANG TERUS MATAHARI. MASJID INI JUGA ADALAH MASJID PERTAMA DI NEGARA INI MENGGUNAKAN PANEL SOLAR YANG DITEMPATKAN PADA BUMBUNGNYA.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541420192.jpg

MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM

MASJID INI TELAH DIRASMIKAN OLEH DYMM SULTAN SELANGOR PADA TANGGAL 6HB. MAC 1987 BINAAN MASJID INI BERBENTUK SEGIEMPAT DAN MEMPUNYAI 4 KUBAH DAN 2 MENARA. DINDING MASJID INI DIHIASI DENGAN SENI KHAT.MASJID INI MEMPUNYAI 3 ARAS DAN DI ARAS 3 TERLETAK RUANG SOLAT BAGI MUSLIMAT. ANTARA KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID INI IALAH RUANG SOLAT YANG SELESA UNTUK LELAKI DAN WANITA, TEMPAT WUDUK, TEMPAT LETAK KERETA, STOR,PEJABAT, BILIK MESYUARAT, DEWAN KULIAH, PERPUSTAKAAN, BILIK IMAM DAN BILAL, DAPUR, BILIK JENAZAH, WAKAF, DEWAN, CCTV, GERAI JUALAN DAN WIFI.ANTARA KEISTIMEWAAN MASJID INI IALAH KERAP MENGANJURKAN PROGRAM-PROGRAM KEAGAMAAN SEPERTI KULIAH, MAJLIS KEAGAMAAN,PERKAHWINAN DAN KULIAH.

LAGI
https://smartmasjid.jais.gov.my/jais/content/news/newsf1_Root_1541419771.jpg

MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN

MASJID SULTAN SULEIMAN JAMIUR RAHMAH PERNAH DIJADIKAN MASJID NEGERI SEBELUM MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DI SHAH ALAM DIBINA. MASJID DIRAJA INI TELAH DIDIRIKAN PADA TAHUN 1932 MASIHI BERTEMPAT DI JALAN KOTA RAJA, KELANG. MASJID INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH DYMM SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH PADA TAHUN 1934. MASJID INI DULUNYA DIKENALI DENGAN NAMA MASJID SULTAN SULEIMAN. DIKAWASAN MASJID INI TERDAPAT MAKAM DIRAJA, ISTERI-ISTERI RAJA DISAMPING KERABAT TERDEKAT. REKA BENTUK MASJID INI LEBIH KEBARATAN SELAIN MENGGUNAKAN SENI BINA NEO KLASIK. BANGUNAN UTAMA MASJID INI BERBENTUK SEGI LAPAN DAN KESELURUHAN BINAAN KELIHATAN TIPIKAL. KUBAH-KUBAH YANG TERDAPAT PADA BANGUNAN INI BERBENTUK LICIN DAN SEPARUH BULAT. WARNA KUNING DIPILIH MEWAKILI WARNA DIRAJA. KUBAH UTAMANYA BERBENTUK DUA LAPIS, IAITU KUBAH KECIL DI ATAS KUBAH BESAR. IA MERUPAKAN SATU-SATUNYA KUBAH MASJID YANG BERBENTUK SEDEMIKIAN DI NEGERI INI. SELAIN ITU, TERDAPAT KUBAH-KUBAH KECIL YANG MENJADI BUMBUNG KEPADA MENARA-MENARA BESAR DAN KECIL YANG KESEMUANYA BERWARNA KUNING.
GAYA UKIRAN SENI TATARIAS MASJID INI TERPENGARUH DENGAN ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS. IA DAPAT DILIHAT DARIPADA TETULANG STRUKTUR BAHAGIAN DALAM MASJID MAHUPUN PADA TINGKAP DAN PINTUNYA. MIMBARNYA TURUT MENDAPAT SENTUHAN KLASIK GABUNGAN BAHAN DARIPADA KAYU DAN BESI YANG DIUKIR BERKERAWANG.PADA KEBIASAANNYA SULTAN SELANGOR AKAN BERSEMBAHYANG DI MASJID INI BERSAMA-SAMA JEMAAH LAIN PADA SETIAP HARI JUMAAT.