Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.Ia juga untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat dan mengadakan program-program pengimarahan.
VISI : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat
MISI : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid di dalam negeri Selangor yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T
OBJEKTIF:
- Menjadikan Masjid Zon aman, Bebeas Politik, Kondusif Dan Mesra Jemaah.
- Meningkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan masjid sentiasa efektif, efisyen, dinamik dan produktif.
- Memantap dan mengemaskini kaedah, peraturan, garis panduan dan tatacara sebagai rujukan utama pengurusan masjid.
- Meningkatkan pengimarahan masjid melalui penganjuran program yang bersifat kontemporari, holistik dan interaktif.
FUGSI BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
- Mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid / surau
- Menguruskan pembinaan dan pendaftaran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan pentadbiran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor 6. Menguruskan pengeluaran khutbah Jumaat dan koleksi khutbah Negeri Selangor
- Memproses / Melantik Pegawai Penyelaras Masjid Seluruh Negeri Selangor, serta menguruskan tuntutan kelas Takmir / kursus-kursus Guru- GuruTakmir dan Imam-Imam Masjid