PORTAL PENGURUSAN SMART MASJID JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN SISTEM SMART MASJID - AWFATECH

Assalamualaikum..Alhamdulillah, selesai sudah sessi Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Sistem Smart Masjid bersama pihak pengurusan masjid-masjid di bawah Jabatan Agama Islam Selangor bertempat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

LAGI

DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI LANCAR APLIKASI SMART MASJID

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memuji pendekatan Smart Technology yang diguna pakai di semua jabatan yang membolehkan pengurusan masjid diurus dengan lebih baik dan teratur. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, aplikasi yang dinamakan Smart Masjid itu membolehkan kerja-kerja penyediaan laporan, akses kewangan dan pelbagai aktiviti surau dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efektif. “Saya gembira apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyambut baik dasar kerajaan negeri untuk bersama-sama membangunkan aplikasi itu. “Banyak manfaat boleh diperoleh melalui aplikasi tersebut  yang mana membolehkan pengurusan masjid mentadbir masjid dan surau dengan lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konven­syen Integriti Pengurusan Masjid dan Surau Selangor 2018 bertemakan ‘Meles­tarikan Pengurusan Masjid dan Surau Berintegriti’ di Dewan Jubli Perak, SUK di sini, semalam. Pada masa sama, Mohamed Azmin turut melancarkan aplikasi Smart Masjid @ Masjid Ku Rumah Kedua yang boleh dimuat turun di Google Playstore. Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, kerajaan negeri sangat menyambut baik usaha Jais mengangkat dasar Kerajaan Negeri untuk turut serta merealisasikan hasrat ke arah Smart State 2025. “Inisiatif pelaksanaan aplikasi Smart Masjid itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menggunakan Smart Aplikasi dalam penyelesaian ummah ketika ini,” katanya.Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, Selangor sebagai negeri maju diterajui Azmin berhasrat merealisasikan gagasan Smart Selangor.“Saya melihat inisiatif itu selari dengan hasrat kerajaan negeri dan wajar disokong sepenuhnya lebih-lebih lagi dalam kalangan pegawai masjid sendiri,” katanya.

LAGI

KONVENSYEN MELESTARI PENGURUSAN KEWANGAN MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR

Bahagian Pengurusan Masjid JAIS akan melaksanakan Konvensyen Melestari Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor pada 13 Mei 2017 bertemat di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam bermula 8.00 pagi - 1.00 tengahari. Sasaran perserta terdiri daripada semua Bendahari masjid dan surau seluruh Negeri Selangor. Tujuan pelaksanaan bagi memberi pendedahan tentang pengurusan kewangan terbaik di dalam organisasi dan pentadbiran masjid dan surau mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh MAIS dan JAIS.

LAGI

MAJLIS PECAH TANAH MASJID KG. KLANG GATE BARU

Sabtu, 10 Mac 2018 - Sekitar Majlis Pecah Tanah Masjid Kg. Klang Gate Baru yang disempurnakan oleh YAB Dato Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato Menteri Besar Selangor. Masjid ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM 23 juta dengan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan orang ramai. Masjid ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat,

Unit Korporat,

Jabatan Agama Islam Selangor.

LAGI

PERSIDANGAN NGO-I MAIS BIL.1/2018

16 April 2018 –Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta beberapa NGO telah menganjurkan Persidangan NGO-i MAIS bertempat di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Persidangan ini dijalankan dengan tujuan untuk menyampaikan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan oleh Majlis dan agensi-agensi Agama di bawah Majlis, selain memberi penjelasan peranan yang perlu dimainkan oleh Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS dalam menyatukan masyarakat melalui platform dakwah Islamiah dan Islah. Program ini juga turut dilakukan bagi membina hubungan baik antara Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS, JAIS, LZS, dan YIDE. Persidangan yang dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan NGO-i iaitu YDH. CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan.

Persidangan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penceramah khas iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Binti Mohd Safian, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa (NGO-i)/ Profesor Madya Fakulti Syariah Undang-undang, (USIM), bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Peranan NGO-i Mendepani Cabaran Dakwah Dan Islah Dalam Masyarakat Kontemporari’. Majlis diteruskan lagi dengan forum ‘Kesatuan Ummah Melalui Gerakan Dakwah NGO-i Yang Berkesan’ yang dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Nabil Bin Ahmad, iaitu Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Forum turut disertai oleh Ybhg. Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Malasian Indian Reverted Muslim Association (MIRA), YBhg. Prof. Dr. Taufi Yap Yun Hin, selaku Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), YBhg. Bro Shah Kirit Kaklkulal Govidji, Presiden Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global (UNITY), dan YBhg. Ustaz Jasni Bin Ajom, Sukarelawan Badan Kebajikan Orang Asli Semenanjung.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat

Unit Korporat

Jabatan Agama Islam Selangor

LAGI

SIMPOSIUM KELUARGA BAHAGIA: CABARAN DAN HARAPAN DI ERA SIBER

16 April 2018 –Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta beberapa NGO telah menganjurkan Persidangan NGO-i MAIS bertempat di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Persidangan ini dijalankan dengan tujuan untuk menyampaikan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan oleh Majlis dan agensi-agensi Agama di bawah Majlis, selain memberi penjelasan peranan yang perlu dimainkan oleh Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS dalam menyatukan masyarakat melalui platform dakwah Islamiah dan Islah. Program ini juga turut dilakukan bagi membina hubungan baik antara Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS, JAIS, LZS, dan YIDE. Persidangan yang dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan NGO-i iaitu YDH. CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan.

Persidangan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penceramah khas iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Binti Mohd Safian, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa (NGO-i)/ Profesor Madya Fakulti Syariah Undang-undang, (USIM), bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Peranan NGO-i Mendepani Cabaran Dakwah Dan Islah Dalam Masyarakat Kontemporari’. Majlis diteruskan lagi dengan forum ‘Kesatuan Ummah Melalui Gerakan Dakwah NGO-i Yang Berkesan’ yang dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Nabil Bin Ahmad, iaitu Penolong Pengarah Bahagian 24 APRIL 2018 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai harapan menuju kebahagiaan kehidupan berkeluarga dalam masa yang sama menangani cabaran-cabaran yang bakal dilalui, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Simposium Keluarga Bahagia: Cabaran Dan Harapan Di Era Siber, bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis telah berlangsung seawal jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan Ceramah dan sesi soal jawab yang berbentuk Perkongsian Pengalaman Hakim Syarie, bertemakan “Retak Menanti Belah”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Hisyam Bin Zakaria, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Jabatan Kehakiman Selangor (JAKESS). Kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah oleh Tuan Hj. Mohammad Zamri bin Mohamed Syapik, Pengarah Jabatan Pengawasan Rangkaian Media, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), yang bertajuk “Cabaran Terjahan Dunia Siber: Kau, Aku dan Dia”.

Selesai sesi ceramah tersebut, majlis diteruskan dengan perasmian oleh, Sahibus Sa’adah, Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Pengarah JAIS, sebelum diteruskan dengan agenda terakhir iaitu slot forum yang menampilkan En. Zulkhairi Bin Jaid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Daerah Gombak, sebagai moderator bersama tiga orang panel jemputan bagi membahaskan mengenai “Cabaran Kehidupan: Pilihan Perpisahan Demi Kebahagiaan”. Antara ahli panel ialah, Tuan Hj Abdul Halim Hapez Bin Salihin selaku Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Y.A. Puan Noor Huda Binti Roslan, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan akhir sekali, Pn. Yuhaniz Binti Mohd Yusop, Pegawai Runding Cara / Kaunselor Berdaftar, Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat

Unit Korporat

Jabatan Agama Islam SelangorJAKIM. Forum turut disertai oleh Ybhg. Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Malasian Indian Reverted Muslim Association (MIRA), YBhg. Prof. Dr. Taufi Yap Yun Hin, selaku Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), YBhg. Bro Shah Kirit Kaklkulal Govidji, Presiden Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global (UNITY), dan YBhg. Ustaz Jasni Bin Ajom, Sukarelawan Badan Kebajikan Orang Asli Semenanjung.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat

Unit Korporat

Jabatan Agama Islam Selangor

LAGI

Image News
Image News

Image Banner